Assalamualaikum. Nama yang tidak asing lagi dalam animasi Malaysia iaitu Sinan Ismail. Beliau adalah pengasas dan bersama team yang menghasilkan animasi terkenal Didi & Friends dan Omar & Hana.
Pada 20 Ogos 2021, Sinan Ismail telah menubuhkan syarikat Durioo Sdn. Bhd. yang menjadi penyedia platform Durioo+ ini.
Durioo+ pula mula diperkenalkan pada Februari 2022 yang menjadi platform kandungan hiburan berunsurkan Islam sesuai untuk kanak-kanak.
Misi syarikat adalah sangat jelas iaitu membina ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu.
Sinan Ismail dan Team Durioo+ adalah pencipta yang menjayakan dua kartun terkenal di Malaysia iaitu Didi & Friends dan Omar & Hana.
Setelah mendapat kejayaan yang besar dari dua animasi ini, Beliau dan team Durioo+ terus mengorak langkah jauh didalam dunia animasi yang berkembang pesat di Malaysia dan terus meningkatkan potensi untuk setanding dengan yang lain peringkat antarabangsa.
Setiap satu animasi ini menyumbang nilai yang berbeza. Melalui Didi & Friends, team Durioo+ telah dapat merungkai rahsia bagaimana untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun.
Melalui Omar & Hana, Durioo+ telah menemui formula terbaik untuk memberi pendidikan Islamik kepada kanak kanak melalui animasi menarik. Ini dapat dibuktikan, 3 Billion tontonan di YouTube melalui pelbagai bahasa.
Gabungan kedua dua ini menjadi acuan pembentukan Durioo+ dimana misi yang kini lebih besar bukan sahaja membuat animasi, tetapi menyediakan Platform selamat khusus untuk kanak kanak Islam.
Disokong oleh pelbagai tokoh terkemuka tempatan seperti Profesor Muhaya, Ustaz Don dan antarabangsa seperti Mufti Menk, Imam Omar Suleiman, Sinan Ismail & Team Durioo+ juga telah dipetik oleh beberapa media digital seperti Sinar Harian.
Durioo+ akan sentiasa komited dalam misinya dan sentiasa akan meningkatkan kualitinya untuk pergi lebih jauh. Jazakallah Khair.